Tuesday, 11 October 2016
Misteri Pak Cik Tua B3
assalamualaikum...okay, tanpa melengahkan lagi masa, malam ni saya ingin menceritakan satu kisah yang pernah diceritakan di blok B2 ini...kisah ini bermula apabila 4 orang pelajar ini baru sahaja pulang dari OSC (one stop centre). pada malam itu, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ketika itu, jam tepat menunjukkan bahawa sudah pukul 10:30 malam. Menurut sumber yang hanya mahu dikenali sebagai epul(drum), samsul, din dan naz, mereka berempat ketika itu asyik bercerita tentang jodoh dan ajal mereka...mereka juga bergurau senda antara satu sama lain menyebabkan satu seorang daripada mereka batuk terbahak-bahak.Namun, hari gembira mereka bertukar menjadi duka apabila 2 orang daripada mereka ternampak satu lembaga di aras bawah blok B3..Untuk pengetahuan anda semua, blok B3 tidak berpenghuni. Dikatakan blok B3 ditutup disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan akan dijalankan namun tidak pernah saya nampak kerja itu dijalankan. berbalik kepada cerita, 2 orang yang ternampak lembaga yang berbentuk seperti pak cik tua merupakan din dan naz mula merasa tidak sedap hati dan mereka berdua terus diam..lidah mereka terkelu dan tidak tahu apa yang hendak dikatakan..hanya tuhan sahaja tahu..epul(drum) dan samsul masih lagi gelak terbahak-bahak tidak ingat dunia...mereka tidak nampak akan lembaga pak cik tua yg berada di berdekatan dengan mesin basuh dan tandas yang berkunci aras bawah di blok B3 itu. Din dan Naz cuba untuk memberitahu kepada epul(drum) dan samsul akan lembaga yg berbentuk pak cik tua itu namun sebaik sahaja mereka mengalihkan pandangan mereka kearah pak cik tua itu, pak cik tua itu sudah tidak kelihatan lagi...cerita ini telah tersebar dri satu bilik ke satu bilik penghuni B2..namun, pada hari ini, 11/10/2016 jam 10:19pm misteri itu tidak dapat diungkapkan lagi...siapakah pak cik tua itu? apakah yang pak cik tua itu buat di Blok B3 yang tidak berpenghuni itu? saya biarkan anda sahaja yang membuat konklusinya...sekian sahaja daripada saya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment